Skip to main content

Notis Perlindungan Data Peribadi

1. Pengenalan

QBE Insurance (Malaysia) Berhad (“kami”) komited untuk melindungi data peribadi pelanggan yang di amanahkan kepada kami.Kami terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan Prinsip Perlindungan Data (DPP). Kami hanya akan mengumpul, menggunakan atau mendedahkan data peribadi mengikut PDPA, DPP dan Notis Privasi ini.

Kami boleh meminda Notis Privasi ini pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. Versi yang dikemas kini akan tersedia dengan mengikuti pautan "Privasi" pada halaman utama laman web kami di http://www.qbe.com.my/. Anda digalakkan untuk menyemak Notis Privasi dengan kerap untuk sebarang perubahan.

Dalam Notis Privasi ini, "data peribadi" bermaksud sebarang data:

  • berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu yang masih hidup;
  • dari mana ia boleh dipraktikkan untuk mengenalpasti individu secara langsung atau tidak langsung ; dan
  • dalam bentuk yang membolehkan akses atau pemprosesan data dilaksanakan.

2. Bilakah kami mengumpul data peribadi?

Kami mengumpul data peribadi dalam beberapa cara. Keadaan yang paling biasa di mana kami mengumpul data peribadi adalah apabila data peribadi anda digunakan untuk:

  • pemprosesan dan penilaian permohonan untuk sebarang produk insurans dan operasi harian perkhidmatan berkaitan;
  • sebarang perubahan, variasi, pembatalan atau pembaharuan mana-mana insurans dan perkhidmatan berkaitan; dan
  • sebarang tuntutan atau penyiasatan atau analisis tuntutan berkaitan insurans.

3. Apakah data peribadi yang kami kumpulkan dan Bagaimana ia dikumpul?

Jenis data peribadi yang kami kumpulkan bergantung pada keadaan di mana maklumat itu dikumpulkan. Kami mungkin mengumpul butiran termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Nama
  • Nombor telefon mudah alih, kediaman dan pejabat
  • Alamat kediaman dan surat-menyurat
  • Alamat e-mel
  • Umur, jantina, pekerjaan

Kami boleh mendapatkan data ini daripada pelbagai sumber, seperti:

  1. Interaksi anda dengan kami, termasuk aplikasi untuk produk dan perkhidmatan, penggunaan platform dalam talian kami, penyertaan dalam tinjauan atau promosi;
  2. Komunikasi dengan kami atau ejen kami yang diberi kuasa, sama ada secara lisan, bertulis atau elektronik;
  3. Pihak ketiga yang dikaitkan dengan anda, seperti majikan atau pihak lain yang diinsuranskan;
  4. Analisis penggunaan perkhidmatan kami, sejarah tuntutan dan rekod pembayaran yang berkaitan dengan polisi insurans anda.

4. Untuk apa kami menggunakan data peribadi?

Tujuan data peribadi anda akan digunakan bergantung pada keadaan di mana data peribadi tersebut dikumpulkan.

Kami akan memaklumkan anda tentang tujuan kami ingin menggunakan data peribadi anda dalam Penyata Pengumpulan Maklumat Peribadi pada atau sebelum masa kami mengumpul data peribadi anda.

Secara amnya, kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk:

  • tujuan anda memberikannya kepada kami;
  • tujuan yang berkaitan secara langsung dengan tujuan anda memberikannya kepada kami; dan
  • sebarang tujuan lain yang telah anda perkenankan.

Sebagai contoh:

Maklumat yang anda berikan kepada kami dikumpul untuk membolehkan kami menjalankan perniagaan insurans dan boleh digunakan untuk tujuan mana-mana produk atau perkhidmatan berkaitan insurans atau kewangan atau sebarang perubahan, variasi, pembatalan atau pembaharuan produk atau perkhidmatan tersebut; sebarang tuntutan atau penyiasatan atau analisis tuntutan tersebut; dan menjalankan apa-apa hak subrogasi, dan boleh dipindahkan kepada:

  1. mana-mana syarikat berkaitan atau mana-mana syarikat lain yang menjalankan perniagaan berkaitan insurans atau insurans semula atau perantara atau tuntutan atau penyiasatan atau pembekal perkhidmatan lain yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan insurans untuk mana-mana tujuan di atas atau yang berkaitan;
  2. mana-mana persatuan, atau organisasi serupa syarikat insurans (“Persatuan”) yang wujud atau ditubuhkan dari semasa ke semasa untuk mana-mana tujuan di atas atau yang berkaitan atau untuk membolehkan Persatuan menjalankan fungsi pengawalseliaannya atau fungsi lain yang mungkin ditugaskan kepada Persatuan dari semasa ke semasa dan diperlukan secara munasabah demi kepentingan industri insurans atau mana-mana ahli Persatuan, dan
  3. mana-mana ahli Persatuan oleh Persatuan untuk mana-mana di atas atau tujuan yang berkaitan. Selain itu, kami dengan ini diberi kuasa untuk mendapatkan akses kepada dan/atau untuk mengesahkan mana-mana data anda dengan maklumat yang dikumpul oleh Persatuan daripada industri insurans.

5. Adakah kami menggunakan data peribadi untuk pemasaran langsung?

Kami menggunakan beberapa data peribadi yang kami kumpulkan untuk menghantar bahan pemasaran dan tawaran istimewa kepada pelanggan kami, tetapi hanya mengikut peraturan tentang pemasaran langsung yang terkandung dalam PDPA.

Jika kami berhasrat untuk menggunakan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung atau memberikan data peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung, kami akan memaklumkan kepada anda mengenainya dalam Penyata Pengumpulan Maklumat Peribadi pada atau sebelum masa kami mengumpul data peribadi anda. Kami akan memberi anda peluang untuk menarik diri daripada pemasaran langsung itu pada masa itu jika anda memintanya.

Jika anda tidak memilih keluar daripada pemasaran langsung pada masa itu, tetapi anda kemudiannya memutuskan bahawa anda tidak lagi mahu menerima pemasaran langsung, anda boleh meminta kami untuk menghentikan sebarang pemasaran langsung selanjutnya dengan menghubungi kami di [email protected] atau secara bertulis kepada Perkhidmatan Pelanggan, QBE Insurance (Malaysia) Berhad, No. 638, Aras 6, Blok B1, Leisure Commerce Square, No.9 Jalan PJS 8/9, 46150 Petaling Jaya. (Tel: 603 7861 8400, Faks: 603 7873 7427).

6. Kepada siapa kami mendedahkan data peribadi?

Pihak ketiga yang mana data peribadi anda akan didedahkan akan bergantung pada tujuan data peribadi tersebut digunakan.

Kami akan memaklumkan anda tentang pihak ketiga yang mana data peribadi anda akan didedahkan dalam Penyata Pengumpulan Maklumat Peribadi pada atau sebelum masa kami mengumpul data peribadi anda.

Secara amnya, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda seperti yang diperlukan untuk:

  • tujuan anda memberikannya kepada kami;
  • tujuan yang berkaitan secara langsung dengan tujuan anda memberikannya kepada kami; dan
  • sebarang tujuan lain yang telah anda perkenankan.

Dalam keadaan lain, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda di mana pendedahan tersebut diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, perintah mahkamah, untuk pematuhan dengan kewajipan undang-undang, untuk melindungi kepentingan anda, untuk pentadbiran keadilan atau menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh peraturan, atau pihak berkuasa lain yang berkaitan.

7. Bagaimanakah data peribadi dilindungi?

Kami akan mengambil semua langkah praktikal yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi daripada akses, pemprosesan, pemadaman, kehilangan atau penggunaan yang tidak dibenarkan. Langkah keselamatan kami termasuk:

  • Sebelum menghantar dokumen yang mengandungi data peribadi kepada pelanggan, adalah penting untuk memastikan bahawa alamat pelanggan adalah tepat dan terkini, jika tidak, data tersebut akan terdedah kepada risiko pendedahan tidak sengaja kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan.
  • Kami menggubal dasar dan amalan untuk menentukan tempoh penyimpanan data peribadi pelanggan.
  • Dokumen yang mengandungi data peribadi seperti borang permohonan insurans atau polisi hendaklah disimpan dengan selamat daripada akses oleh pihak yang tidak dibenarkan. Data peribadi yang disimpan secara elektronik dalam komputer atau peranti storan mudah alih hendaklah dilindungi dengan langkah keselamatan IT dan kawalan akses yang mencukupi.

8. Pemindahan data

Kami mungkin memindahkan data peribadi yang kami pegang tentang anda ke tempat di luar Malaysia dalam keadaan tertentu seperti yang dinyatakan dalam PDPA. Tidak kira di mana maklumat peribadi anda diproses, kami menggunakan perlindungan yang sama yang diterangkan dalam Notis Privasi ini dan kami mematuhi undang-undang yang terpakai apabila memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia.

9. Mengakses dan membetulkan data peribadi anda

Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan akses kepada atau membetulkan data peribadi yang kami pegang tentang anda. Terdapat pengecualian tertentu di bawah PDPA yang mungkin dikenakan pada akses data peribadi dan permintaan pembetulan. Kami mungkin memerlukan anda, orang yang meminta akses atau pembetulan, memberikan pengenalan yang sesuai dan kami mungkin mengenakan bayaran pentadbiran yang berpatutan untuk mematuhi permintaan akses data.

Permintaan untuk akses kepada dan/atau pembetulan data peribadi yang dipegang oleh kami, hendaklah dialamatkan kepada [email protected] atau secara bertulis kepada Perkhidmatan Pelanggan , QBE Insurance (Malaysia) Berhad, No. 638, Aras 6 , Block B1, Leisure Commerce Square, No.9 Jalan PJS 8/9, 46150 Petaling Jaya. (Tel: 603 7861 8400, Faks: 603 7873 7427)

10. Pemadaman data peribadi

Kami akan meyimpan maklumat peribadi anda dengan mematuhi Notis Privasi ini dan mengambil semua langkah yang munasabah yang boleh dipraktikkan untuk memadamkan data peribadi yang kami pegang tentang anda di mana data peribadi itu tidak lagi diperlukan untuk tujuan ia dikumpulkan dan digunakan. Terdapat pengecualian tertentu di bawah PDPA yang mungkin terpakai untuk pemadaman data peribadi, seperti jika pemadaman sedemikian dilarang di bawah mana-mana undang-undang atau adalah demi kepentingan awam untuk data itu tidak dipadamkan.

11. Persetujuan dan hak anda

Dengan menggunakan perkhidmatan kami, membuat permohonan atau melawati laman web kami, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat anda dan aktiviti lain seperti yang digariskan dalam Notis Privasi ini.

12. Pertanyaan dan komen

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduan berhubung dengan Notis Privasi ini, sila hubungi kami pada waktu pejabat (Isnin hingga Khamis – 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Jumaat – 8.30 pagi hingga 4.30 petang, tidak termasuk cuti umum) melalui:

Jawatan: Pegawai Perlindungan Data
Telefon: +60378618715
E-mail: [email protected]

PENYATA PENGUMPULAN MAKLUMAT PERIBADI

Maklumat yang anda berikan kepada kami semasa urusniaga dikumpul untuk membolehkan kami menjalankan perniagaan insurans dan boleh digunakan untuk tujuan mana-mana produk atau perkhidmatan berkaitan insurans atau kewangan atau sebarang perubahan, variasi, pembatalan atau pembaharuan produk atau perkhidmatan tersebut; sebarang tuntutan atau penyiasatan atau analisis tuntutan tersebut; dan menjalankan apa-apa hak subrogasi, dan boleh dipindahkan kepada:

  1. mana-mana syarikat berkaitan atau mana-mana syarikat lain yang menjalankan perniagaan berkaitan insurans atau insurans semula atau perantara atau tuntutan atau penyiasatan atau pembekal perkhidmatan lain yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan insurans untuk mana-mana tujuan di atas atau yang berkaitan;
  2. mana-mana persatuan, atau organisasi serupa syarikat insurans (“Persatuan”) yang wujud atau ditubuhkan dari semasa ke semasa untuk mana-mana tujuan di atas atau yang berkaitan atau untuk membolehkan Persatuan menjalankan fungsi pengawalseliaannya atau fungsi lain yang mungkin ditugaskan kepada Persatuan dari semasa ke semasa dan diperlukan secara munasabah demi kepentingan industri insurans atau mana-mana ahli Persatuan, dan
  3. mana-mana ahli Persatuan oleh Persatuan untuk mana-mana di atas atau tujuan yang berkaitan.

Selain itu, kami dengan ini diberi kuasa untuk mendapatkan akses kepada dan/atau untuk mengesahkan mana-mana data anda dengan maklumat yang dikumpul oleh Persatuan daripada industri insurans.

Anda mempunyai hak untuk mendapatkan akses kepada dan meminta pembetulan sebarang maklumat peribadi mengenai diri anda yang dipegang oleh kami. Permintaan untuk akses tersebut boleh dibuat secara bertulis kepada Perkhidmatan Pelanggan, QBE Insurance (Malaysia) Berhad, No. 638, Aras 6, Blok B1, Leisure Commerce Square, No.9 Jalan PJS 8/9, 46150 Petaling Jaya. (Tel: 603 7861 8400, Faks: 603 7873 7427).